Saturday, August 14, 2010
Puasa keempat 14/ogus/2010
Hari ni hari sabtu,best nya.bangun awal pagi..tak sahur ...hahahaha tak pa asalkan puasa..puasa yang penting,bangun bangun kemas apa yang patut,sambung buat kerja assgmnt dan project tahun akhir ....Menikmati tontonan budak getah seperti biasa + main gitar sat..Kul 4 seperti biasa pi kerja..pasni kena mai lagi awal sebab keadaan jem jalan memang bahaya tuk ak.hehehe bye bye jem..Bos aku seperti biasa brainwash aku supaya menjadi lebih baik.Kerja pun mesti kene improve setiap hari.Aku boleh buat kerja ya aku boleh buat kerja.Pastikan memberi idea yang bernas untuk improvekan diri .dan jangan malu beranikan diri..wacha....balik awal skit hari ni bos hantar dan memberi kata kata semangat..ingat esok mai lagi awal.yes yes sha go sha.....zzzzzzzzz :)
Puasa ketiga 13/0gus/2010
hehehehe hari ni paling best iaitu hari jumaat aku tiada kelas,tidoq lebih skit sebab kul 4 aku masuk kerja di kedai satay...wah best nya..banyak giler aku pelajari kat kedai mcm mcm sama seperti kerja di kfc mase zaman sekolah dulu...balik lewat kul 12++ ..letih giler tapi tak pa asalkan aku gumbira walau keletihan mcm mana pun..Bos ckp tunjukkan passion tuk berkerja.Tunjukkan kerajinan dan semangat berkerja.Yeah itu pasti aku lakukan dengan sebaik nya.Member ajaq lepak tapi aku takmo pi sebab letih bangat...sambung tidoq...
Puasa kedua 12/0gos/2010
Hehe hari kedua mcm biasa gi kelas pada pagi nya dan cancel,ada perjumpaan ngan lecturer tetapi terlambat sebab ngantuk tapi boleh dimaafkan .Balik chit chat sat pi sambung kelas sampai kul 4 .pastu cam biasa sambung kerja pi kedai ,angkut makanan dan jual,hari ni suara besaq skit biaq org dengar dan tertarik ..alhamdulillah ok...biasa la niaga ada naik turunnya semua dari ALLAH ,yang mampu aku lakukan adalah sehabis baik berusaha.Lewat malam lepak kat istimewa ngan kengkawan yng baru ja aku kenai pas tu tidoq eh terlupa plak sambung tengok budak getah online.Heheheheheh diorg ajaq keluar lagi sekali tak dpt sebab aku tak mo terlepas ngan session budak getah online .zzzzzzzzzzz......
Puasa pertama pada 11/ogos/2010
Selamat berpuasa rakan rakan,hari ini puasa untuk pertama dalam bulan ramadhan yang sangat mulia,byk jugak dugaan lebih lebih lagi dpt kerja di bazar ramadhan,pagi seperti biasa gi kelas tapi cancel ternyata tidur menjadi pengganti nya dengan serta merta.Pukul 4++ kena datang kerja kat kedai Dumble Dee kedai cupcakes macm macm ada.hehe sungguh tergugat keimanan melihat cupcakes ngan spaghetti tapi dapat ditangkis dengan perasaan 'aku berpuasa hari ini jgn fikir tentang makanan tak elok' chewah,pas angkut makanan ke bazar ramadhan bermula sesi aku memanggil dan menarik pelanggan terutamanya rakan rakan yang dikenali.hehehe susah juga pada mulanya mahu melontarkan suara tapi lama lama ok ,tiba waktu berbuka hanya dengan kebab dan ayaq kosong pas tu pi solat terawikh pas tu tidoq+ niat puasa.sambung esok nya.
Thursday, August 12, 2010
Chek Mas Alah
Aku tetap aku ,kamu suka atau tidak bukan masalah aku,masalah kamu masalah kamu,aku ada ja disini mendengar masalah kamu,tapi kalau kamu judge aku macam macam kamu silap,kerna kau akan dijudge lebih teruk dari aku-
-chekEmbun-
-chekEmbun-
-aku berdiam bukan bermakna aku kalah,kerna aku tahu sampai tiada pengakhiran nanti perbalahan ini,walau sekadar yang pantas aku tetap seperti itu,kerna aku tahu ap yang kau tidak tahu,pesanan ayah tidak ku lupakan saat ini ' jangan menjudge orang lain ya sayang kerna kita tidak tahu takat ilmunya walaupun dia pengemis jalanan sekalipun'.Dulu ak suka begitu judge judge dan terus judge tapi tidak terus begitu.-
-lawa,cantek wanita itu tiada kene mengena dengan diriku,ak terima seadanya hidup ku ,kalau kamu tidak dapat terima apa boleh ku buat,pergi sahaja kamu pada perempuan itu sejauh mana dia kekal bersama mu,sejauh mana,kabarkan pada ku-
mahu yang cantek teman mu,bisa dicari dimana mana,tapi pabila dengan ku tiada kecantikan lama kekal untuk mu lagi,pergi saja kau di sini kalau masih fikir sebegitu.lari kamu lari.jangan menoleh lagi-
BinGunG
Bingung kelapangan di hati,peduli apa sama rasa,tapi dia pasti datang menjenguk ku bergilir gilir
-bersambung-
Sunday, July 25, 2010
Si topeng

Topeng karat tidak akan bertahan lamer lagi.sangat bagus dpt melihat wajah wajah sebenar di sebalik pemilik topeng karat itu.kerna sudah tidak dpt menahan lagi jiwa disarat sarat liku kacau nya dari topeng karat. :)
tapi pemilik nya ramai dalam keramaian ..sebaliknya pun ramai dalam keramaian yang punya satu tujuan nekad dari azalinya.waduh boleh sakit tapi penawarnya lagi bisa boleh mendinding diri tanpa ragu ragu.
-kasih embun-
Ibu oh Ibu
ibu,
terkilan rasa hati kerna baru ku sedar
bahwa kata kata mu bisa mengubah hidup ku
kata kata mu yang lahir dari Nya yang berlatar kebaikan itu pasti
tiada kebaikan yang tidak dapat terlepas dari kasih mu
kerna kasih mu sama dengan kasih Nya menyatu kepada empunya Kasih
ibu,
andai ku tahu dari kechil ku pasti hormat mu sehormat hormatnya
kerna dalam kitab itu membicarakan syurga dibawah tapak kaki mu ibu
betapa keredhaan mu sama dangan keredhaanNya
maafkan aku ibu
ibu,
kau melahirkan membesarkan menyusukan ku ,
tiada rasa penat lelah,
kesian ibu andai dibiarkan,
rasa kasih sayang mu pada setiap anakmu tidak pernah lekang
ibu,
tiada bicara kata kata lagi yang dapat ku berikan untuk mu ibu,
aku sayang pada mu ibu,
terlalu sayang setelah menyedari ibu penting untukku,
doakan kebahagiaan didunia akhirat bersama ibu,
andai lah anak anak diluar sana tahu betapa ibu penting buat diri mereka
pasti tiada ibu yang ditinggalkan di ruang ruang kosong bandaran..
ibu oh ibu..
aku sayang pada Mu.
penat lelah tidak dapt kubalas
ku panjat kan doa agar kau dirahmati Allah selalu Amin.
-kasih embun-
puisi dari mana itu
terbit dari satu rasa
warna warni hilang tiada bahangnya
menyelaputi karangan si mata mata
mngekori tanpa gundah gulana
biar dipandang ke hadapan
belakang ditinggal tiada hentinya...
sepasang terompah
menyatu dengan alam
pandangan menjadi sepi
ketuk ketuk dari api api beterbangan berkeliaran
di ruang angkasa sepi sepi dan sepi
dimana bunyi bunyi itu
mencari cari tapi tiada arahnya
gema pun sudah tiada
rasa pun sudah hilang sesaat berlalu
tongkat terlepas dari penanya
kosong kosong dan kosong
fikiran menjadi kaku seketika
hati menjadi tanda
hati yang tidak disia siakan sejak kian lama
tidak dibazirkan masanya hati itu
selamat dia dari rasa
kerna tahu rasa sebenar dari empunya rasa maha rasa
kembali dia rasa kepada empunya rasa dengan
tiada rasa berbelah bagi.......
-kasih embun-
rasa itu sementara


Salam pada rakan rakan akoo yang berada diluar sana,disini akoo nak share sikit tentang pengalaman seciput yang tidak seberapa bak kate mak ak00.Perasaan akoo pernah mengalami rasa sukar yang kate nyer tidak punya jalan keluar,ish ish ish entah sampai bila tahap aku fikir cam tu,sangat gila padahal boleh ja nak settle ngan pelbagai cara,mengalir air mata pun tidak bisa menyelasaikan masalah sengal itu.Tetiba lepas bermain dengan perasaan mak akoo bagi kata kata 'biasa lah dunia sementara ,dimana ada masalah di situ pasti ada jalan penyelesaian ,kene beri sebentar 1 saat untuk dirimu merenung semula apa tujuan mu itu.' mengadu sampai rasa aduh itu bermakna kau masih punya rasa dan belum masa untuk Nya mengambil kembali,bersyukur ku banyak banyak kerna apa yang aku mahu adalah senang dan susah aku mahu mengingatt Nya sebanyak banyak yang mungkin.Terima kasih pada Nya.rasa itu sudah tidak sukar.tidak sukar,kerana ada Dia disampingku setiap saat Nya.
-kasih embun-



Thursday, July 15, 2010
Perit nya sarang itu.
Tidak di duga perasaan perit itu kembali
tidak mengira waktunya,mencari timbul tenggelam
tapi pasti timbul semula tiada had waktunya.
Perit bagaikan satu kota yang ranap diwarnai cokelat
kehitaman membuat rasa pelbagai tiada hentinya
kemana dan kemana dan dimana lagi
sudah sesaat tarian hilang dimata sesaat juga ia kembali
pantulan serakan tiada serapan juga darinya
menguatkan tingkat tingkat suara
dalam tangisan selubungan jiwa
perit,perit,dan perit
hilang sekelip mata
kembali tiada diduga
terus terus dan terus mata mata mencari cahaya yang tiada rongganya
agar perit itu bisa hilang lebih saat nya sebelum kembali
tiada yang tetap semuanya fana belaka
fana yang perlu dihargai hilangnya ketika satu hari tiba
sama perit itu juga masih tidak pasti .........
-kasih embun-
Friday, July 9, 2010
dear diaries
dear diaries,
there are something i can't explain by myself and any word to u
why why why...
-kasih embun-
Saturday, July 3, 2010
keras hati ka?

keras nya hati ku
bukan pinta ku
aku juga tidak tahu kenapa begini
aku bisa buat tidak tahu jika tangisan dari matamu itu
aku tidak tahu
kerasnya hati ini
sampai aku sendiri bisa melihat diri ku sendiri dari luar
betapa kejam nya aku
keras nya hati ku
aku tidak mengenal erti itu
kenapa kau jadi begitu
sedangkan kau lah paling rapat dengan ku
kejam nya hati ku
tapi aku bukan pengganas
masih punya perasaan
cuma tidak ada untuk mu yang menangis sememangnya minta untukku pujuk
keras nya hati ku
boleh ku biarkan sahaja kau menangis lagi
jika yang lain belum tentu ku pujuk
tapi kau kenapa aku tidak bisa mengatur langkah untuk memujukmu
sedih hati ku melihat keras nya hati ku
sampai bila dan sejak bila aku begini
jika dikatakan kurang nya kasih sayang dari mu
tetap juga ku berdiri sampai sekarang ini
hembusan tangisan mu
tetap juga aku tidak hiraukan
bukan bermakna ku kejam ku keras hati
tapi itu lah aku.
-kasih embun-
she is.
When the sound from the smallest room in my new creation suddenly broken,the heart beat make she feel relief because she know that she still alive .No one knows how hard she had.Just because of second chance she love very much herself.She heard from the wall and admit they had been discussing getting married,so she was a kind of prepared for such a moment just in case it happen. Is she feel abandoned again?Is she feel she will be safe by someone who paranoia again?who can answer her question?.But the truth is she know that everything will be good.
-kasih embun-
Thursday, July 1, 2010
Pengganti gitar Jay-Dee

Gitar ku baru sahaja umurnya 2 tahun tapi telah meninggalkan akoo dihampar bayu sayup sayup ja kesian akoo tau.Ingat leh repair tapi one pieces kene ganti satu set.Shedih tul.Hari tu pas abis exam akoo ada selidik gitar baru kat kedai sekitar Malaysia hehehehe terjumpa brader kat kedai music dia ada rekemen kan taylor gitar pergh harga mahal siap ngan hard casing lagi caya lah mana lah tau leh dapat tandatangan artist yang aku suke hehehehe...tapi setakat ni gitar nie yang aku rasa leh dapt dalam jangka mase pendek.taylor gitar tunggu tau.gitar yamaha gak pilihan setakat nier..
-kasih embun-
Lamunan Mu Terhenti
Hehehehe adakala kelakar mengada tul perasaan itu mengatakan taknak mungkin sebab dah lama sangat berjauhan sampai tertimbul pelbagai sangkaan yang belum tentu terjadi .Tapi pabila dapat panggilan dari nya,terhenti lamunan mu seketika,aptah lagi kalau dah berjumpa terus hilang begitu sahaja sangkaan yang sebesar godzilla dalam cerita itu.
Backpackers coming soon.
Backpackers coming soon.Who want to join please click the link that i highlight.
Sunday, June 20, 2010
benJool
kepala mu benjol lagi kan..sudah ku bilang panjat sampai kau puas hati kemudian membenjol kan lagi kepala mu agar boleh aku ketuk ketuk guna tukul azimat yang doraemon bagi kat aku sempena hari jadi aku.heheheh
Thursday, June 17, 2010
Si hitam
Hitam saja pilihan kau,bagaikan tiada warna lain yang kau pilih.Sudah jemu mataku memandang ,itu jugak pilihan mu. Sampai membuatkan ku terfikir fikir kau ni suadah ditutup pancaindera warna agaknya.2 3 warna ku pilih kan untukmu hitam jugak kau sangkutkan di tepi raga pasaraya kechil itu.Sejak bila menjadi sebati dalam hidup mu.kalau ikutkan pandangan keadaan kau bisa saja dikatakan metal tetapi solat 5 waktu mu itu dan suara mengaji tidak pernah kau lupakan atau tinggalkan.Terlalu simbolik hitam itu pada kau.Ada terbisik dalam jiwa ini mengusik mu di hari jadimu mengenakan mu dengan warna gedik gedik merah jambu tapi lain pula yang jadi.Senyuman mu menjadi satu misteri adakala membuat kan aku hampir tidak mengenali dirimu lagi.Bagaikan ombak taufan kata kata cemuhan tetap jugak teguh berdiri dengan tiang mu.Tidak pernah goyah kata mu.Sampai satu satu masa ak akui.Tapi persoalannya sekarang jika tiba waktu jodoh mu di pelamin masakah kau masih memilih warna hitam itu sebagai penghias pelain mu.terkedu mata memandang dunia bagai terhenti tetapi....senyuman jugak ko berikan ikhlas untukku dengan berkata ku serah pada pemilik diri ini yang menentukannya.Ku angguk sahaja .Moga kau bahagia.Banyak benda pelik dalam dirimu itu kerana darah merah menyala muda tetap gigih dalam dirimu tidak dimakan angka penghias .
Subscribe to:
Posts (Atom)