Thursday, June 17, 2010

Si hitam

Hitam saja pilihan kau,bagaikan tiada warna lain yang kau pilih.Sudah jemu mataku memandang ,itu jugak pilihan mu. Sampai membuatkan ku terfikir fikir kau ni suadah ditutup pancaindera warna agaknya.2 3 warna ku pilih kan untukmu hitam jugak kau sangkutkan di tepi raga pasaraya kechil itu.Sejak bila menjadi sebati dalam hidup mu.kalau ikutkan pandangan keadaan kau bisa saja dikatakan metal tetapi solat 5 waktu mu itu dan suara mengaji tidak pernah kau lupakan atau tinggalkan.Terlalu simbolik hitam itu pada kau.Ada terbisik dalam jiwa ini mengusik mu di hari jadimu mengenakan mu dengan warna gedik gedik merah jambu tapi lain pula yang jadi.Senyuman mu menjadi satu misteri adakala membuat kan aku hampir tidak mengenali dirimu lagi.Bagaikan ombak taufan kata kata cemuhan tetap jugak teguh berdiri dengan tiang mu.Tidak pernah goyah kata mu.Sampai satu satu masa ak akui.Tapi persoalannya sekarang jika tiba waktu jodoh mu di pelamin masakah kau masih memilih warna hitam itu sebagai penghias pelain mu.terkedu mata memandang dunia bagai terhenti tetapi....senyuman jugak ko berikan ikhlas untukku dengan berkata ku serah pada pemilik diri ini yang menentukannya.Ku angguk sahaja .Moga kau bahagia.Banyak benda pelik dalam dirimu itu kerana darah merah menyala muda tetap gigih dalam dirimu tidak dimakan angka penghias .