Sunday, July 25, 2010

Si topeng


Topeng karat tidak akan bertahan lamer lagi.sangat bagus dpt melihat wajah wajah sebenar di sebalik pemilik topeng karat itu.kerna sudah tidak dpt menahan lagi jiwa disarat sarat liku kacau nya dari topeng karat. :)

tapi pemilik nya ramai dalam keramaian ..sebaliknya pun ramai dalam keramaian yang punya satu tujuan nekad dari azalinya.waduh boleh sakit tapi penawarnya lagi bisa boleh mendinding diri tanpa ragu ragu.
-kasih embun-

Ibu oh Ibu

ibu,
terkilan rasa hati kerna baru ku sedar
bahwa kata kata mu bisa mengubah hidup ku
kata kata mu yang lahir dari Nya yang berlatar kebaikan itu pasti
tiada kebaikan yang tidak dapat terlepas dari kasih mu
kerna kasih mu sama dengan kasih Nya menyatu kepada empunya Kasih
ibu,
andai ku tahu dari kechil ku pasti hormat mu sehormat hormatnya
kerna dalam kitab itu membicarakan syurga dibawah tapak kaki mu ibu
betapa keredhaan mu sama dangan keredhaanNya
maafkan aku ibu

ibu,
kau melahirkan membesarkan menyusukan ku ,
tiada rasa penat lelah,
kesian ibu andai dibiarkan,
rasa kasih sayang mu pada setiap anakmu tidak pernah lekang

ibu,
tiada bicara kata kata lagi yang dapat ku berikan untuk mu ibu,
aku sayang pada mu ibu,
terlalu sayang setelah menyedari ibu penting untukku,
doakan kebahagiaan didunia akhirat bersama ibu,
andai lah anak anak diluar sana tahu betapa ibu penting buat diri mereka
pasti tiada ibu yang ditinggalkan di ruang ruang kosong bandaran..

ibu oh ibu..
aku sayang pada Mu.
penat lelah tidak dapt kubalas
ku panjat kan doa agar kau dirahmati Allah selalu Amin.
-kasih embun-

puisi dari mana itu

terbit dari satu rasa
warna warni hilang tiada bahangnya
menyelaputi karangan si mata mata
mngekori tanpa gundah gulana
biar dipandang ke hadapan
belakang ditinggal tiada hentinya...

sepasang terompah
menyatu dengan alam
pandangan menjadi sepi
ketuk ketuk dari api api beterbangan berkeliaran
di ruang angkasa sepi sepi dan sepi

dimana bunyi bunyi itu
mencari cari tapi tiada arahnya
gema pun sudah tiada
rasa pun sudah hilang sesaat berlalu
tongkat terlepas dari penanya
kosong kosong dan kosong
fikiran menjadi kaku seketika
hati menjadi tanda
hati yang tidak disia siakan sejak kian lama
tidak dibazirkan masanya hati itu
selamat dia dari rasa
kerna tahu rasa sebenar dari empunya rasa maha rasa
kembali dia rasa kepada empunya rasa dengan
tiada rasa berbelah bagi.......
-kasih embun-


rasa itu sementara




Salam pada rakan rakan akoo yang berada diluar sana,disini akoo nak share sikit tentang pengalaman seciput yang tidak seberapa bak kate mak ak00.Perasaan akoo pernah mengalami rasa sukar yang kate nyer tidak punya jalan keluar,ish ish ish entah sampai bila tahap aku fikir cam tu,sangat gila padahal boleh ja nak settle ngan pelbagai cara,mengalir air mata pun tidak bisa menyelasaikan masalah sengal itu.Tetiba lepas bermain dengan perasaan mak akoo bagi kata kata 'biasa lah dunia sementara ,dimana ada masalah di situ pasti ada jalan penyelesaian ,kene beri sebentar 1 saat untuk dirimu merenung semula apa tujuan mu itu.' mengadu sampai rasa aduh itu bermakna kau masih punya rasa dan belum masa untuk Nya mengambil kembali,bersyukur ku banyak banyak kerna apa yang aku mahu adalah senang dan susah aku mahu mengingatt Nya sebanyak banyak yang mungkin.Terima kasih pada Nya.rasa itu sudah tidak sukar.tidak sukar,kerana ada Dia disampingku setiap saat Nya.
-kasih embun-